Sunday, February 14, 2010

Lupa kah mAnuSiA itu..???


Manusia memang lupa pada asalnya..
lupa pada masa silam, lupa pada masa kini dan terus lupa pada masa hadapan.

Kenapa boleh lupa ?
kerana menjadi satu lumrah dalam diri manusia untuk melupakan apa sahaja yang berlaku dalam hidup mereka..sebagai contoh misalnya, manusia suka pada kecantikan, kesempurnaan dan kebaikan.  tetapi bila segala yang disukai itu mengalami sedikit kecacatan, manusia ini terus lupa pada kecantikan, kesempurnaan dan kebaikan yang pernah dikecapi sebelum ini.  inilah lumrah dan sikap manusia yang tidak mahu menerima sesuatu kebaikan dan keburukan seseorang..

Memang senang untuk melupakan sesuatu, tetapi adakah senang untuk terus melupakan sesuatu itu... senang ke ? sekiranya senang untuk terus melupakan sesuatu itu, ternyata bahawa manusia itu bukan manusia kerana sifat manusia adalah rapuh dan jahil..

Semenjak lahir, manusia diajar untuk menilai sesuatu yang buruk dan yang baik, bagaimana untuk menilai keburukan dan kebaikan bergantung kepada ilmu dan pengalaman yang ada pada setiap manusia.  kadang kala ada manusia yang tidak tahu langsung apa itu buruk dan apa itu baik...kadang kala manusia tahu itu adalah baik dan itu adalah buruk tapi masih teruskan dengan apa yang dilakukan.. bila sesuatu sudah berlaku, jawapan lazim sering diungkapkan bagi setiap manusia iaitu "Dah takdir, nak buat macam mana ?".  jawapan yang beginikah kita sebagai manusia harus ungkapkan setiap masa... salahkan takdir pada setiap perkara yang berlaku seperti takdir itu kejam dan tidak berhati perut. memang benar takdir itu telah ditetapkan tetapi kita diberi peluang untuk mengubah takdir itu. bagaimana nak ubahnya? persoalan ini harus kita tanya pada diri kita sendiri sebagai manusia..

Manusia diberi akal dan ilmu, gunakanlah ilmu itu sebagai batu pengukur untuk pertimbangan kita dan akal yang dianugerahkan oleh tuhan digunakan sebaik-baiknya.. jangan kerana mengikut nafsu dan pertimbangan yang tidak berasas kita memperjudikan takdir dan masa depan kearah yang kita sendiri kurang pasti..

Perkara yang kita harus ingat ialah...
1) apa yang kita nampak itu bukan apa yang kita mahu...
2) kebaikan yang kita rasai itu bukan apa yang kita suka...
3) kebencian yang kita tanam itu bukan apa yang kita minta...
4) cinta yang kita semai itu bukan apa yang kita harapkan...
5) kebahagian yang kita kecapi itu bukan apa yang kita idamkan...
6) pilihan yang kita sendiri pilih itu bukan apa yang kita inginkan... 
semua 6 perkara ini adalah benar sekiranya kita tanya pada diri kita semula..

Dalam hidup kita sebagai manusia juga kita harus tahu untuk menilai manusia yang lain..
1) Tidak semestinya kita rapat dengan seseorang perlu menjadi teman hidup sehingga mati..
2) Tidak semestinya kita benci dengan seseorang perlu menjadi musuh sehingga mati...
3) Tidak semestinya kita tidak mencintai seseorang terus tidak mencintai sehingga mati..
4) Tidak semestinya kita suka dan cinta pada seseorang perlu berakhir dengan perkahwinan...

Walaupun begitu, manusia tetap akan lupa dengan semua ini..lupa dan terus lupa seterusnya lalai dan terus lalai dengan dunia manusia itu sendiri sehingga manusia itu tersedar dari mimpi yang sebenarnya apa yang telah manusia ini lakukan adalah satu kesilapan.  Dan pada masa itu, manusia itu akan menyesal sendiri dan akan berkata "Sudah takdir aku, nak buat macam mana"

Hmmmm....masih lagi nak salahkan takdir? Manusia lupa....kesian manusia itu. 


P/S; Setiap manusia itu telah ditakdirkan, tetapi kalau ada usaha, takdir itu boleh berubah. Jahil atau tidak manusia itu bergantung kepada ilmu yg dia ada..Jadi, jadilah seorang manusia yg manusia dari jadi manusia yang lupa ?



1 comments:

ajiesam said...

wa suka entri ni..panjang tapi ada pengisian mengenai takrifan lu pada manusia yang lupa...wa pelupa...tapi kalau ada sudi sudi yang nak mengingatkan apa salahnya...salam bro..wa tinggal sorang lagik nih..sampai ati lu balik awaiii hehee

Post a Comment