Friday, February 26, 2010

Job WeLL DoNe!!!.....


Finally, ape yg disibuk-sibukkan, rahsia yang disimpan, Amanah yang perlu dijaga, kerja yang memerlukan sedikit penelitian, terjawab sudah hari ni.. Hari ini, aku kira hampir keseluruahn warga tempat kerja aku, pasti pulang dengan sedikit semangat serta kuntuman senyuman kelegaan.. Aku harap-harap begitulah.. Tak terkecuali diriku ini.. Ape pun ini satu anjakan untuk aku serta semua untuk lebih bersungguh-sungguh dan berusaha untuk teruskan kerja kerna ini juga bagi aku satu ibadah.. Tak mahu aku rungkaikan serba lengkap, sebaliknya bersyukur dengan apa yang dah diberikan. Inilah rezeki namanya.. Bersyukur dan terus bersyukur. Mulai minggu depan, bermulah satu era yang aku fikir baru bagi aku dengan keadaan aku sekarang ini, Ape yang aku terima dan diberikan pada aku adalah satu tanggungjawab dan amanah yang untuk aku teruskan dan kemasukan bos baru Isnin ini, diharap dapat membentuk "New Team" yang lebih sistematik dalam pelaksanaan tugas-tugas di Office yang aku kira Gah..

Ok, moh kiter cari sesuatu, utuk AKU,utk "ORANG" yang bagi aku telah memberi 'effect' buat semangat dan harapan sepanjang aku bekerja di KL kembali di pertengahan 2008 dan di bawah naungan Kumpulan EMKAY khasnyer...Time to Chill..

Cheerrio....


Thursday, February 25, 2010

SerabutNye Aku Di KaLa Ini..

Hola..lame aku tak jengah maupun bicarakan ape yg aku suka nak bicarakan.. Lately aku akui,sangat penat dan lajunyer mase tu berlalu..Bukan aku lari, lompat ke sana ke mari, penat bila otak, akal fikiran aku penuh dengan kecamuk,keliru,buntu dan haru biru dlm pala hotak aku ni..Tak tahu aku knaper, cuma lately ni, seakan semua cerite-ceritu yg bergelumang di sekeliling buat aku sgt2 serabut!!!! Semualah, luar dalam, rumah dan tmpt kerja..tak tahu aku ape silap dan salahnyer.. Baik kah aku?..Sempurnakah aku?..Sibukah aku?..Bangangkah aku?..Jujurkah aku?..semua ni bermain-main dlm hati dan perasaan aku..entah dan entah.                          Ape yg aku nak dan petanda yg melanda aku ni?..

Penghujung bulan Februari 2010 ni suppose to be sweet moment and a great move towards my career.On track towards being as what i wanted and alwizz dreamz of seiring dgn masa dan keadaan di kala ini..tapi it seems that I can't feel it that much..It's like my passionate towards it seems lost..Arrghh..what am I missing here..To a couple of frens, I did share this.. Tapi..guys for god sake, pls advise me..."Lost In transition" ker?.Banyak sebenranyer nak aku share, tp to put it in here, mmglah hilang akal..byk kot..cuma satu aku tertarik ialah, lately blog di office seems caught some attraction by some fellow frenz..huhuhuh..PANAZ ker?..tak kot...cuma bg aku positive to xpress sumthing that we felt..Cuma aku harap jgn amik hati sgt psl any entry maupun comments pedas..biase la, kita semua biase je..Lebih atau kurang itu, urusan yg Maha Esa..

Ok la, stop kot Februari ni, more and more unexpected stuff to come incoming month ni.hehehe..Apekah? tgg lah..aku harap ada sinar utk aku hilangkan keserabutan ni..Feel Like I AM LOST rite now..Aku end up dgn ucapan Salam Maulidur Rasul...

Wassalam...

Sunday, February 14, 2010

Lupa kah mAnuSiA itu..???


Manusia memang lupa pada asalnya..
lupa pada masa silam, lupa pada masa kini dan terus lupa pada masa hadapan.

Kenapa boleh lupa ?
kerana menjadi satu lumrah dalam diri manusia untuk melupakan apa sahaja yang berlaku dalam hidup mereka..sebagai contoh misalnya, manusia suka pada kecantikan, kesempurnaan dan kebaikan.  tetapi bila segala yang disukai itu mengalami sedikit kecacatan, manusia ini terus lupa pada kecantikan, kesempurnaan dan kebaikan yang pernah dikecapi sebelum ini.  inilah lumrah dan sikap manusia yang tidak mahu menerima sesuatu kebaikan dan keburukan seseorang..

Memang senang untuk melupakan sesuatu, tetapi adakah senang untuk terus melupakan sesuatu itu... senang ke ? sekiranya senang untuk terus melupakan sesuatu itu, ternyata bahawa manusia itu bukan manusia kerana sifat manusia adalah rapuh dan jahil..

Semenjak lahir, manusia diajar untuk menilai sesuatu yang buruk dan yang baik, bagaimana untuk menilai keburukan dan kebaikan bergantung kepada ilmu dan pengalaman yang ada pada setiap manusia.  kadang kala ada manusia yang tidak tahu langsung apa itu buruk dan apa itu baik...kadang kala manusia tahu itu adalah baik dan itu adalah buruk tapi masih teruskan dengan apa yang dilakukan.. bila sesuatu sudah berlaku, jawapan lazim sering diungkapkan bagi setiap manusia iaitu "Dah takdir, nak buat macam mana ?".  jawapan yang beginikah kita sebagai manusia harus ungkapkan setiap masa... salahkan takdir pada setiap perkara yang berlaku seperti takdir itu kejam dan tidak berhati perut. memang benar takdir itu telah ditetapkan tetapi kita diberi peluang untuk mengubah takdir itu. bagaimana nak ubahnya? persoalan ini harus kita tanya pada diri kita sendiri sebagai manusia..

Manusia diberi akal dan ilmu, gunakanlah ilmu itu sebagai batu pengukur untuk pertimbangan kita dan akal yang dianugerahkan oleh tuhan digunakan sebaik-baiknya.. jangan kerana mengikut nafsu dan pertimbangan yang tidak berasas kita memperjudikan takdir dan masa depan kearah yang kita sendiri kurang pasti..

Perkara yang kita harus ingat ialah...
1) apa yang kita nampak itu bukan apa yang kita mahu...
2) kebaikan yang kita rasai itu bukan apa yang kita suka...
3) kebencian yang kita tanam itu bukan apa yang kita minta...
4) cinta yang kita semai itu bukan apa yang kita harapkan...
5) kebahagian yang kita kecapi itu bukan apa yang kita idamkan...
6) pilihan yang kita sendiri pilih itu bukan apa yang kita inginkan... 
semua 6 perkara ini adalah benar sekiranya kita tanya pada diri kita semula..

Dalam hidup kita sebagai manusia juga kita harus tahu untuk menilai manusia yang lain..
1) Tidak semestinya kita rapat dengan seseorang perlu menjadi teman hidup sehingga mati..
2) Tidak semestinya kita benci dengan seseorang perlu menjadi musuh sehingga mati...
3) Tidak semestinya kita tidak mencintai seseorang terus tidak mencintai sehingga mati..
4) Tidak semestinya kita suka dan cinta pada seseorang perlu berakhir dengan perkahwinan...

Walaupun begitu, manusia tetap akan lupa dengan semua ini..lupa dan terus lupa seterusnya lalai dan terus lalai dengan dunia manusia itu sendiri sehingga manusia itu tersedar dari mimpi yang sebenarnya apa yang telah manusia ini lakukan adalah satu kesilapan.  Dan pada masa itu, manusia itu akan menyesal sendiri dan akan berkata "Sudah takdir aku, nak buat macam mana"

Hmmmm....masih lagi nak salahkan takdir? Manusia lupa....kesian manusia itu. 


P/S; Setiap manusia itu telah ditakdirkan, tetapi kalau ada usaha, takdir itu boleh berubah. Jahil atau tidak manusia itu bergantung kepada ilmu yg dia ada..Jadi, jadilah seorang manusia yg manusia dari jadi manusia yang lupa ?



Saturday, February 13, 2010

Happy Holidays...ke mana kiter?...

 Selamat kite semua bercuti & Gong Xi Fa Chai
Selamat Bercuti pada seluruh rakyat Malaysia dan Happy Chinese New Year pada yg menyambutnyer lah..For the 1st time, semenjak aku mula berhijrah ke sebelah selatan mencari rezeki ni, for almost 8 years, jika di ambil kira tahun ni, aku tak drive balik ke utara.. huhuhu.. tak la lagi aku menempuh kesesakan, yg kadangkala menyesakkan pala otak aku dek kesangkutan dlm 'traffic jem". Kali ni family aku akan datang kemungkinan Ahad malam la sampai kajang.. Yup kali ni, tiga orang anaknyer, satu cucu dan bakal dpt datu lagi menanti je la kat Lembah Klang ni. ape agenda?..Lumm diputuskan lagi. Miss aku nak pegi menjengah sepupu perempuan aku sebelah mak, yg akan bertunang esok..All the best je la aku dpt lontarkan,yg penting hari pernikahan itu  nanti sebenarnyer..

Ape plan aku ni?..ntah,smlm hentam lenjan main futsal, kul 3.30 pagi baru reti nak balik umah..Sedar2 pagi tadi, blur jap..Hahaha..blur sebab tak tau nak wat aper..Real plan, bwk akak n adik aku pegi ke Ikea, tapi rupanye abg ipar aku tak dpt nak hantor sampai ke sini..Ish, ape daa, sian anak buah aku..Tp takper, layan jap music kat Astro, teringat nak call seseorang..Tuut..tuut..tuut..tuut.. yeah got it,..Kabare?..Sihat katenyer..di mana seh?..Jogging katenyer...wargh!!!!!!!!!!terkejut la aku seh,..sbb katernyer lately ni byk tido seh..aku lak yg berfikir, kan ke aku patutnye tahun 2010 ni, tahun aku utk wat xtvt tu,ish2.Remindkan aku terus utk bersenam ni lah..yeye..aku baru ingat, Pusat fitness 'Chi" kat menara office tu akn dibuka.. Marketing nyer Amoi Nicole namanyer beria nak jumpa aku..Rabu la aku set kan appointment..Tgk ape diskaun lu boleh kasi wa punyer staff... hhahha...yeah, lps ni aku pun berpeluh kay...Yeay..hehehe...

Not much xtvt dibuat, cuma pergi jugakla kat Ikea, beli brg mak aku pesan..Balik, pekena Coke, end up tulih blog ni la.dah jadi mcm my new hobby la pulak..hohoho okay,comment dulu my previous entry, yg comment nyer mcm dah ape dah..hahaha..tapi aku suka interchange of that kind of comments.. itu menunjukkan setiap diri manusia itu ada idea dan pendapatnyer. Aku appreciate dan senang sekali.. tambah aku happy dah bertambah lagi seorang follower utk Blog aku ni.. Mungkin ada yg membacenyer tp tidak menjadi followernyer, tetap jugak aku hargai..Sehingga saat skrg aku masih lagi mencari idea2 untuk memblog ni.. Few tips mmg aku nak kongsikan kat dlm ni..Limited time and access pada aku utk berinternet di rumah, jadi skit kekangan utk aku skrg ni..takper, as long as aku leh gak menukilankan penulisan aku ni..aku okay jer..hhehehe..So, hope this 4 days holiday guna kan sepenuhnya..Aku byk keje sbnrnye...yet to finish it.. February shall be penutup yg gemilang utk kali ni.. Kenaper?..tunggu je la after 4 days holidays ni.. Yang bertravel balik kg ke, bercuti ke, hati2 dlm memandu, dan naik bus tu..Sampaikan salam pada org2 yg aku kenal.. Tak kira di Utara, Selatan, Timur dan Barat . Hargai cuti2 korang semua kay!!!!

Thursday, February 11, 2010

Angin Perubahan....

Salam, aku mulakan.. bicara apa harini? setelah semalam daripada pagi sampai tengah malam aku beruniform kerja.. macam biasa 9 pagi 5 ptg, memang lah kerja. Kebiasaaan hari Rabu aku nak biasakan tgk wayang lps kerja,sebab bagi aku A best day, dlm 5 1/2 hari bekerja aku tenangkan skit otak aku dgn hiburan yg mcm ni. Jadi la kan, 2 days pulun kerja, the Rabu, slow and hv a little fun, then pulun balik 2 days after that entertainment..It works guys, try it. so smlm aku x melayan ptg, sebaliknyer malam kul 10. Citer mende?..Citer Hong Kong, "14 Blades", Donnie Yen the expert martial arts yg jadi actor nyer.. Boleh la, cuma fight action tak sekeras nak dicomparekan dgn lakonan dia sblm ni.. sempoi gak la..3 1/2 bintang la aku kasi.. oh, aku  layan pun sbb mbr aku ni, x dpt nak balik umah dek sebab hujan lebat..bawk motor, kang Demam, bini gak bebel kan. so layan la kitaorng..(Sempat lagi dok berurut dgn kerusi urut dpn pintu masuk Cineleisure) sblm masuk wayang..huhuhu

Opps, banyak nor la citer semalamnyer.. tapi yg aku nak story is "Angin Perubahan"..mende nyer ni?..ni gambaran senario keadaan office di tingkat 18 di area HRA dan juga Corporate Comm.. A few days after this, akan berlakunyer "perubahan"..Apekah???? Aku nak rombak almost keseluruhan perjalanan HRA.Like it or not, aku bagi peluang untuk bersuara.. Cukup la kerja nak komplen, kutuk, berlipur lara selama ni.. Pijak la di Bumi nyata.. datang sini, nak cari rezeki, bukan nak benci sesama sendiri..Aku dapat hidu ada sedikit, kureng skit dlm dept aku.. Tapi, diskusi aku dgn colleague aku bersama2 dgn Bos yg bakal meninggalkan dept aku ni x lama lagi, nmpk gaya mcm mencapai persetujuan.. Aku senang je, kalo x suka dgn cara aku, yg aku pk terbaik dan akan memudahkan kerja semua org, silalah JGN IKUT! dan JGN BUAT..! nak tgg bos baru, care baru, kefahaman baru, silakan..aku bukak kan laluan..

Kat sini, bukan HERO jadi jawatan idaman aku, cuma aku rasekan, aku cuba nak sistematik kan dan Adil kan semua org.. terutama dalam Group aku sendiiri. Suka x suka, tulun bagitau, senang aku nak bagi kerja atau rehat.. ye .....Yg jadi arini, bagi aku, aku dah jangka kan..nampk gaye mcm ada yg tak suka dan selesa dgn yg berlaku arini.. Tegur tak tegur itu bukan care kite ye yg dilahirkan sebagai seorang Muslim, yang kena saling sayang menyayangi.. nmpk gaye, ada kosong 3 tmpt dlm Group aku..Tapi secara 'matematik' dah ada yg akan mengisinyer, cuma cara pengisisan itu akan berbeza.. Itu sudah aku utrakan pada bos yg bakal jadi X-Bos je la lepas ni.. Nampak gaye xde bantahan, so aku wat je la dulu..tanpa nak tunggu bos baru..tunggu punyer tunggu, sampai bila daa.. At least aku dah nmpk jln dan cara untuk aku memperkenalkan cara kerja yg baru.. Daripada awal masuk ofis baru, cara kerja dan pemikiran nmpk mcm serupe je..ish2..mase untuk tiup kan ANGIN PERUBAHAN..moh..moh..FOLLOW OUR WAY...to my New Boss, saya buat je dulu, kalo suka maintain, kalo tak, I leave this to you..kay........

Ciao....

Tuesday, February 9, 2010

PEKAK & BISU




Why?why?..after a sweet day semalam, arini aku agak tersentuh skit..Ni semua gara2 nak gi lunch and nak g beli Malaysia Tatler.. Citer sensasi di office semalam, make me to get this magazine la.. Tak sempat pun, sebaliknyer aku ditemukan dengan Pekak & Bisu.. Pada aku la, ari ni betul2 menunjukkan dan show me the picture mcm mane org pekak dan bisu ni dilayan.. Really pity to them and aku betul2 tersentuh dan geram. This is how it happpen.

Pada yang pernah berkunjung ke Laketown Bukit Merah, pada yang perasan di sana ada seorang Badut yang ditugaskan untuk hiburkan para pengunjung.Dia ni seorang yang pekak dan bisu tapi .tugasnyer, memang untuk  tarik perhatian dan punya skill membelonkan belon jadi ape2 bentuk pun.. Memang setia, kerja di BMR ni, hampir 10 tahun dah.. So, dipendekkan citer,pemuda yang pekak dan bising ni bercuti dan datang ke KL ni, berjumpa dengan kwn2 yang semacam denganyer lah..Ade sebab dia amk cuti datang ke KL..Niat nyer cume satu, membantu kawan..Atas dasar membantu dan keikhlasan niatnyer berkhidmat dengan Mr "Chairman" membuatkan dia dan 2 org kwnnyer yg jugak pekak dan bisu datang lah ke Menara yang tersergam indah ni, dlm erti kata lain,mercu tanda PJ yg baru, iaitu PJ Trade Centre.. Niat cuma satu, nak jumpa Mr "Chairman" nak mintak ehsan.. Ape yg aku boleh describekan sebagai satu "gamble"..Dah la pekak dan bisu, slamber jer dtg drpd jauh, nak walk in jumpa Mr "Chairman"..hish, SELAMBER..Pada aku, bukan itu yg aku nak rungkaikan kat sini, tapi lebih pada layanan org pada 3 org yg dlm erti kata lain "OKU"..Orang Kurang Upaya.. 

Tersentuh aku, bilamana aku dapat tahu, tu pun bila abis lunch aku,aku terima call drpd seorang kawan aku, yg dlm mase yg sama “hubby”nyer dok sedap melantak dgn aku.. Mintak tolong Ejai, tumpangkan diaorng ni.. Mula aku ingat, 2 orang, tapi rupanyer 3 orang bila mana aku sampai di office member aku ni, sambil menghantar balik si hubby nyer. Ni la wat pertama kali aku cuba berinteraksi lama dgn org yg aku lebih suka gelarkan “Orang Istimewa” bukan ape, aku sendiri pun punyer adik yang memegang status OKU ni..bagi aku, takde jurang besar pun,inilah anugerah yg Allah s.w.t dah kurniakan. Setiap insan itu ada keunikannyer.. Begitu jugaklah ketiga orang ni. Ape yg aku diberitahu, dah 2 kali berulang alik drpd Menara PJ Trade Centre ke ofis member aku ni, yang jarak nyer hampir 2km jugaklah..Cuba bayangkan dengan niat dan harapan nak berjumpa dgn Mr”Chaiman”  untuk merekomenkan 2 org rakan nyer di bekerja, terpaksa diaorng ni berulang alik sejauh 2km sebanyak 2 kali =.8km, berjalan kaki, di ketika mentari tengah terik.. Aku tabik spring pada diaornag ni, sebab semangat yang kuat..Cuma aku kesal bila mana aku dapat tahu, ada beberapa orang yg suka aku gelar sebagai”Orang Besar” bersikap agak dingin dengan cara melayan. Tak patut aku rase dibiarkan diaorng ni mcm org yang sesat..janganlah buat mcm diaorng ni langsung x berguna.. Aku terima kasih pada kawan aku, yang menjadi rakan lunch aku arini, turut sama melayan dan bawak 3 orng ni kembali ke Menara.. niat aku dan kwn aku bukan apa, bila salah seorang mengatakan nak jumpa dgn “Bos” ini.. Bila di call dan ditanyer masing2 mcm nak lepas tangan.. So, mcm mana?..Nak tak nak, aku amik kesempatan ni, melayan diaorng ni..datang diaorng sebenarnyer nak mintak kerja. Kebetulan mmg tugas aku dlm hal2 yg macam ni..Tak rugi pun aku nak mintak CV drpd diaorng.. Aku dapat dan bawak 3 org ni makan dan minum.. Pada aku, bagus jugak sebenarnyer diaorng ni, wpun bisu dan pekak..Pandai dalam computer, dan punya Diploma daripada Politek dan juga Inst Kemahiran Mara. A few experience dlm pekerjaan..Cara komunikasi kalo kita tak tahu sekalipun bahasa isyarat, cukup sekadar berinterkasi dgn SMS maupun email..Boleh bace rupanyer diaorng ni.. Hmm.aku mula terpk bagus jugak kalo amik sebagai General Worker..mungkin boleh solve prob aku, di kala aku betul2 perlukan org mcm ni di ofis skrg ni..  Is it?..Pada aku org mcm ni, kalo di ambil kerja, pasti akan kerja sepenuh hati dan disiplin pun tinggi mungkin.. So skrg make me wonder lah.. Few of my colleagues and bosses dah aku jumpa mintak pandangan.. Seems 50-50.. pucuk pangkal, bolehkah?.. Aku ajukan pada pembaca dan tulun aku dalam hal ni..

Bukan atas dasar simpati tapi atas dasar untuk beri peluang pada golongan yg mcm ini.. Ape yang aku lihat dan diceritakan oleh 2 drpd mereka ni, mereka seakan ditindas dan di amik kesempatan atas kekurangan diri diaorng..Pada aku, aku melihat diaorng ni boleh bekerja dan punya kemahiran dan berupaya untuk buat kerja dengan baik dan sempurna.Setiap orang pun kalau diberi peluang dan ruang pasti boleh buat kan..So ape kata anda?..Bolehkan atau tidak boleh?.. jom kita fikirkan sama-sama..

Monday, February 8, 2010

A Little Spot Lite?..

Hahaha..what a day today... Suppose Monday is a moody day or shall we called a A Monday Blues.. But today?...Guest what...Like a Superstar lak aku arini, di tegur sana sini.. Dek kerana gambar aku tersebar dalam sebuah majalah yang boleh aku katakan bacaan di baca oleh golongan-golongan Elite je..x la aku nak katakan yang aku ni Elite, tapi dek kerana gambar ni, almost the whole office, 4 tingkat kat Menara MK ni, bergetar..Bukan aku aje sebenarnyer, tapi ada lagi la gambar-gambar few people of my colleagues dan juga my Chairman as well.. Tapi it seems mine is like being a spotlight.. OMG, ape sebabnyer ni?..Jom aku citer rentetan mula..
Pagi2 dah kebiasaan bagi aku masuk ofis, on PC, dan mula lah check email emkay aku..hmm.. ada la masuk satu, mention about Tatler..Seriously aku x amik pot pun, so tak lah bukak..Then aku naik satu tingkat atas, nak jumpa my Sr GM, end up at one of my colleague so called Kak An.."Eh Zal, ko mari sini, ko tgk ni.. Aku tanyer : Amender nyer?..byk keje ni..Tapi aku pergi jugak la..Dia tunjuk kan aku one page in PDF format,..Eh,,eh,,aku ckp, apesal ada gambar aku ni dgn "dia" ni?..Ni gambar mender?.. Ann ckp, Tatler..dia pun blur, aku 50% blur..maleh nak amik pot, aku turun kat tmpt aku..Then buzz!!!dlm google chat aku, Si Shazi, satu dalam tiga PA Tan Sri, mesej aku " I like ur status; then menambah lagi, U r the Star In Today's Tatler?.. Hah?..Star, what star...few moment then baru aku realize my photos and "her" was selected to be put in one of the pages highlight of event.. It was the time, our Menara Mustapha Kamal, was officiated by Tun Mahathir during last year, 16th Oct 2009.. Aku gelak je la kan, bila pk and tgk balik gambar tu..Hensem gak aku ni..hahahah..Perasan la ko Ejai..Tapi to tell the truth, it really put me in the spotlight of everybody, especially the daughter;s of Tan Sri.."Sedutan daripada teguran" Wah engko rizal, glamour la, besar gambar ko kan daripada Tan Sri kan..Eh..eh.. mana lah aku tau, dah diaorang yang pilih nak letak kan..kan..

Curious untuk aku tahu, aku terkam lah ke Corporate Comm, tanyer kak Eza what is actually happening?..Dia cakap akak ada antar banyak..banyak..banyak gambar, untuk event opening tu di abadikan dalam majalah "Malaysian Tatler"..tapi ur photo with "her" antara yg caught of attention by the Photographer and might be the editor of that magazines too lah kan.. Then aku senyum lah..wah..wah..hehehehe..Ade komersial gak la aku ni..Ceit..Poorah..mgkn sbb gmbr aku dgn si "Dia" kot.. Tapi Kak Eza ckp, pilihan diaorng adalah gambar di mana, individu tu posing sambil tgk pada kamera, even Tan Sri sekalipun gambar bersama Tun tak memandang kamera..huhuhu...Sorry Tan Sri, my pict is bigger that u la kali ni..hahhaa..x per kan, sekali sekala je pun..

So inilah, dalam kesibukan aku attend discusion with various people harini, semuapun sabitkan isu2 (except one la)..tapi perkara macam ni, bisa wat my Monday kali ni, sempoi...kewl lah..Sampai aku berpk-pk nak g cari majalah "Malaysian Tatler" keluaran Februari 2010 ni waktu lunch  tadi..tapi ada yg nak amik kesempatan pulak, pakat nak order suh aku beli sekali..tapi tak sempat pun, tunggulah esok je lah aku g cari yer..Tapi to the readers, u might wonder cam maner rupanye and who is that si "Dia" yg disebelah aku dlm gambar tu...Tgklah sedutan gambar dlm majalah, thru email yg aku trime..Jom tengok..hahaha...jadila kan, "A Little Spot Lite..untuk aku kali ni..ape pun sekalung trima kasih, niat korang nak cuba kenakan aku..Alih-alih jadi bahan untuk hampir seisi office yg tahu pasal hal ni..Well, ape salah nyer kan....hahaha..Thanx "Malaysian Tatler"... Sudah pasti aku akan membelinyer esok...PASTI!!!!!!!
 
Aku tak pasti, inikah keluaran Februari 2010..Pastinyer aku akn dapatkan..
  
So ini lah ape yg aku maksudkan "SpotLite"itu dan "Dia" itulah..hahaha..Hope this will not be in "Terjah"
 

Saturday, February 6, 2010

I am Demn Tired!!

Right now, this moment, seriuosly I am so demn tired. The effect of my current work really effected my emotion and heppiness.Dont know where to start.. It seem I am "tenggelam punca"...sekejap..Huhuhu.. most effect is yesterday, for the 1st time, nak tgk wayang an hour after baru masuk.. Bravo la ko ejai.. setengah jam je la ko layan citer lakonan The Rock tu..Sebab dah janji nyer pasal,(sory dude) aku tunaikan gak tengok movie tu..Kenaper lambat?..keje..keje..keje.. Bosan dah aku kdg mikirkan..bukan ape, aku suka keje, tp bila aku dah plan then it interrupted my plan, sedangkan boleh diescapekan untuk buat arini.. Tengok ape jadi pada aku arini, end up, alone rite know completing that work..huh, abis la plan aku dah utuk arini.. hmm..need a break to happy myself..huhuhu..apekah itu?.. this few days, since last week nothing interesting ever happen to my life..byk sgt la citer pasal ko ni ejai. ye..ye.. aku cuba untuk citer sumting else, but rite now  my mood is just to express what i am feeling rite now.. stop rite know and to think what intersting to write and to share to others. serabut sat pala hotak aku ni... 

Ciao..

Wednesday, February 3, 2010

UP and DOWN....MOODDY!!

Going up, going down.. tu la akunyer mood skrg, kalo smlm mcm hampagas, arini mcm...ok la skit..

Monday, February 1, 2010

Low...Below Par..

Holala.. Tajuk je mcm main golf jer, "Below Par"..huhuhu..yet it is not about playing golf or my intention to start playing golf.. Low ..Below Par ni is refering on what I felt today.. My mood arini so,so suck.maybe it b'coz of monday's Blues kot.. but for sure it's not about Man u or Arsenal game pagi tadi nor the easy win by the Swiss:Roger Federer against the Brits: Andy Murray..Tapi munking the effect of tido aku yg tak Lena.la ni..It effect my concentration at work, seriously.. Bosan aku arini kat office, isu2 bodoh yg naik, which aku x nak nak buat utuk arini..nak check email pun malas2..So terrible my mood in office.. letih la kalo ari-ari mcm ni lepas ni. Ari ni lak, my beloved HRA boss, Pn Zainon officially will no longer in charge in my dept.. She will fully control and concentrate on Yayasan EMKAY..good for her actually coz less stress and not to involve wlll all tis sumtimes non-sense matters.. Boss,

All the best to you and to me to take control of HRA lepas ni.. even a new boss is coming soon, but yet till now, dun know when is He or She is coming.. huhhhh.. dah2..mls aku nak ckp semua ni..tapi ni la dia yg jadi.. one thing yg aku suka is, bila kat office aku ingat semua ni..tp kat umah lantak la, aku tak ingat dah..kat umah aku tgh kemaruk giler dgn gadget elektronics yg latest from "Apple"..hahaha..tunggu la akan aku keluarkan satu isu kkas utuk ini.. Siap pi wat survey tu kat One Utama semalam..hahaha...ada rezeki ada la, tapi kena tgg after Raye Cina kot.. mana tau, kot2 durian runtuh time tu.. moh..moh..doa..doa..kay.. 

As to re-cap, Al-Fatihah buat colleague sekerja aku, En.Nasir Hamzah yg merangkap Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan MK Land yang kehilangan bapa tercinta hari Khamis yg lepas..Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas nyer.. Amin.. 2 hari tersebut, almost aku kena drop everything yg berkaitan di office.. bukan apa, sebab mase byk dihabiskan di luar office..

Yang menarik, pengalaman meredah Daerah yang bernama Cheras, benar2 mencabar tahap pengetahuan aku di lembah klang ni. Asal nak cari, Taman Bukit Permata.. Berkelip-kelip la mata ni mencari nyer.. hohoho.Demi kepentingan bersama untuk memudahkan budak-budak kerja yg lain..berjaya lah.. Yeah, tahap "Power" aku pada jalan2 di lembah Klang ni dah semakin bertambah..

Cry baby! cry!..yup segulung tahniah untuk X-School Mate aku "Azrin bt Osman'" > (sedutan sms)....
"Dah selamat kahirkan baby boy dgn berat 3.03kg pada 27 jan jam 4pm via csec di Pantai Med Centre.saya ok tp baby masih di NICU sbb ada air skit dlm paru2-azrin."
Di saat aku menulih blog ni, baby tu dah pun ok, and mak nyer pun dah kuar. aku j yg tak sempat nak menjengah nyer hari Sabtu lepas..dok gak mencari2 dgn saper la aku nak pegi tengok, sbb mai sorang ape lak kate hubby nyer, wpun aku amat kenal si suaminyer itu.. ape pun, aku g ke rumah ko je la Azrin yer..sempat la baby boy ko tu besor skit.. Syok la ko, dah sepasang skrg.. Aku tumpang happy lah..hehehe..

So, stop la kat sini, lepaskan gian aku nak menulih.. Terubat rase boring yg teramat aku kat office arini.. almost tak wat ape2, asyik dok hilang je daripada tmpt aku.. mana2 la aku pergi..Yang best lunch awal dekat restoran minang dekat Sg Pencala. Melayan member baik aku dan anak isterinyer yang datang mengshopping kan diri di The Curve..Syiok la kome KL cuti ari ni kan..(Cuti Hari Wilayah).. Yai, time untuk aku balik awai arini , seawal pukul 6.00.. no mood at all to stay but to have a gud rest kat umah..

Ciao..(Kembalikan semangat ku..)...plzzzz..